follow my instagram to get latest photo updates from me ... have a good day :)
Tuesday, September 2, 2014
expressed breast milk a.k.a EBM


sememangnya susu ibu itu adalah makanan terbaik untuk bayi. siapa yang tak mahu susukan anaknye sendiri. tetapi sekarang ni banyak cabaran yang ibu hadapi untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya. antara alasan yang didengari :
1. saya bekerja dan di tempat kerja tiada masa untuk mengepam susu
2. anak saya tidak puas tidur kalau menyusu badan. dia mesti terbangun setiap setengah jam untuk disusukan
3. saya nak pegi makan minum mandi sembahyang pon tak sempat sebab bayi asik menangis tak kenyang susu
4. susu saya sikit. pam dapat 1 oz je . saya give up
5. segan nak menyusu di khalayak ramai terutamanya bila pegi shopping mall / travel
sebenarnye banyak lagi sebab2 lain yang menghalang ibu menyusu badan.
dan sesungguhnya saya juga seperti itu lepas melahirkan Qushairy . lagi la time tu bekerja di hospital yang sgt sibuk memang tiada masa untuk makan apatah lagi untuk mengepam susu. dengan stress kerja susu pon merudum..
beli pam susu punyela mahal tapi x guna masa dah start keje... rasa sedih jugak Qushairy tak minum susu badan exclusively . tp malam2 direct breastfeeding jugak sampai setahun. the rest die minum formula milk So far die jarang sakit . just URTI je sekali sekala.
so yang 2nd baby ni nak cube breastfeed / EBM semampu mungkin sampai 2 tahun . exclusive or not tu susah nak jawab sbb skrg ni pon ade bagi mixed feeding juge disebabkan baby xnak tido dan saya tak boleh nak bergerak ke mane2 tambahan pulak ade anak sulung yg masih kecik mmg tak menang tangan. mak pulak bekerja tak dpt nak tengok cucu sangat .
pernah terbace kalau nak increase milk production just keep pumping 3 hourly tp nak buat 3 hourly pon x sempat sbb menguruskan baby dan anak sulung dan jugak kerja2 rumah... sangat penat. skrg ni try pump 5 hourly dulu. alhamdulillah setiap kali pump bole la dpt 3oz - 5oz . nak try buat stock tapi hahaha baby mengamuk je terpaksa bagi EBM tu.. mmg x terbuat stock lg... setakat ni milk booster aku hanyalah fresh milk + kurma . belum try product lain lagi. will try soon. tak sempat nak menyinggah kedai baby untuk beli ... tp definitely kurma is the best ! it works for me actually.
nanti kalau dh success untuk buat stok saya cerita dalam entri lain. sekarang ni baru nak berjinak2 untuk buat EBM ... dan berazam untuk kurangkan formula milk. formula milk tu saya standby je in case mmg terdesak sangat nak bagi... setakat ni guna NAN .H.A stage 1 . bile bancuh susu tu , it looks like my EBM - xde buih . x macam formula milk yang lain yang berbuih2 sampai najis pon kuah mcm buih... hehe .. jangan tiru saya pakai formula milk.. ni untuk standby sahaje. saya berazam untuk buat EBM sebanyak mungkin untuk stok baby bile dh start keje balik.
شكرا جزيلا
neonatal rash? radang kulit bayi / kulit muka bayi merah?

hari ni cuaca kat shah alam ni sangat panas. baju pon cepat je kering. so senang aku nak setel melipat kain sume... baju baby pon kering cepat .. biasala baby ni banyak kali kene tuka baju .. kang gatal plak die...
so topik yang saya nak kongsikan kat sini adalah pasal ruam kulit bayi.
lately muke baby dh naik rash yang dinamakan 'neonatal acne' a.k.a jerawat baby... hahah it's sounds funny kan? ia disebabkan oleh hormone ibu semasa mengandung telah ditransfer masuk dlm darah anak semasa dlm kandungan.. dan hormone itu ade sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti kelenjar minyak di kulit bayi terutama di bahagian muka... ia seperti kulit remaja yang baru nak baligh tu klua jerawat kecik2.. cenggitu la . perlu rawatan tak? tak sebenarnye... kalau diletak aquous cream / ezzera cream makin worsen the condition sbb ia bukan eczema. ibarat muka berjerawat tp ditutup liang2 roma dgn cream.. so kelenjar minyak tu lg sumbat dan meyebabkan keradangan teruk. so hanya dibasuh pakai air sahaja buat la setiap hari setiap kali bayi menyusu lepas menyusu bersihkan muka bayi
neonatal acne from webmd website
manakala neonatal acne a.k.a jerawat bayi ni tak gatal dan bila bayi menangis / meneran berak muke yang beruam tu akan lebih merah . nampak macam gatal tapi tak sebenarnya berbeza ngn eczema yang sgt gatal. Eczema yang lebih teruk menyebabkan kekeringan kulit . biasanya di klinik kesihatan pesakit diberi aquous cream dan calamine lotion. dan ade juga sesetengah pesakit yang sgt teruk kite beri hydrocortisone cream juge. untuk kanak2 yang lebih 2 tahun syrup piriton jugak berkesan untuk mengurangkan gatal... .
neonatal eczema
tak semua ruam bayi perlu rawatan sbb kadang2 itu reaksi normal kulit bayi kepada persekitaran selepas die keluar dari rahim ibu. bagi sedikit masa untuk kulit bayi sembuh mungkin ambil masa sedikit untuk normal balik. ia mungkin merunsingkan ibu bapa yang melihat kulit bayi yang beruam penuh di muka. tidak usah risau ia akan hilang juga...
antara perkara yang perlu dijaga ialah kebersihan . allergen atau agent yang menyebabkan allergik pada bayi contoh habuk / panas / bedak / sabun perlu dielakkan sekiranya bayi tu obviously mmg allergik pada bahan tersebut . setiap kali selepas menyusu kene bersihkan muka bayi. pakaian harus ditukar kerap / elak membalut bayi pada cuaca yang panas kerana peluh juga menyebabkan ruam bertambah teruk.
harap sedikit ilmu yang saya ada bole membantu ibu bapa di luar sana .
have a good day :)
شكرا جزيلا
Labels:
baby,
eczema,
jerawat bayi,
neonatal acne,
rash,
ruam bayi
Subscribe to:
Posts (Atom)