Followers

Instagram

Tuesday, September 2, 2014

neonatal rash? radang kulit bayi / kulit muka bayi merah?






hari ni cuaca kat shah alam ni sangat panas. baju pon cepat je kering. so senang aku nak setel melipat kain sume... baju baby pon kering cepat .. biasala baby ni banyak kali kene tuka baju .. kang gatal plak die...

so topik yang saya nak kongsikan kat sini adalah pasal ruam kulit bayi.

lately muke baby dh naik rash yang dinamakan 'neonatal acne' a.k.a jerawat baby... hahah it's sounds funny kan? ia disebabkan oleh hormone ibu semasa mengandung telah ditransfer masuk dlm darah anak semasa dlm kandungan.. dan hormone itu ade sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti kelenjar minyak di kulit bayi terutama di bahagian muka... ia seperti kulit remaja yang baru nak baligh tu klua jerawat kecik2.. cenggitu la . perlu rawatan tak? tak sebenarnye... kalau diletak aquous cream / ezzera cream makin worsen the condition sbb ia bukan eczema. ibarat muka berjerawat tp ditutup liang2 roma dgn cream.. so kelenjar minyak tu lg sumbat dan meyebabkan keradangan teruk. so hanya dibasuh pakai air sahaja buat la setiap hari setiap kali bayi menyusu lepas menyusu bersihkan muka bayi
 
neonatal acne from webmd website

tapi kebanyakan pesakit saya yang mempunyai sejarah keluarga asma / alahan / alergik / resdung kulit anak yang selalu merah ni mungkin juge mixed dengan eczema . biasa eczema ni untuk bayi baru lahir ruam die di pipi / sekitar muka / pelipat tangan kaki celah leher . dan ianya sangatlah gatal . bayi baru lahir mungkin la x menggaru tp slalu menangis sebab tak selesa .

manakala neonatal acne a.k.a jerawat bayi ni tak gatal dan bila bayi menangis / meneran berak muke yang beruam tu akan lebih merah . nampak macam gatal tapi tak sebenarnya berbeza ngn eczema yang sgt gatal. Eczema yang lebih teruk menyebabkan kekeringan kulit . biasanya di klinik kesihatan pesakit diberi aquous cream dan calamine lotion. dan ade juga sesetengah pesakit yang sgt teruk kite beri hydrocortisone cream juge. untuk kanak2 yang lebih 2 tahun syrup piriton jugak berkesan untuk mengurangkan gatal... .
neonatal eczema

tak semua ruam bayi perlu rawatan sbb kadang2 itu reaksi normal kulit bayi kepada persekitaran selepas die keluar dari rahim ibu. bagi sedikit masa untuk kulit bayi sembuh  mungkin ambil masa sedikit untuk normal balik. ia mungkin merunsingkan ibu bapa yang melihat kulit bayi yang beruam penuh di muka. tidak usah risau ia akan hilang juga... 

antara perkara yang perlu dijaga ialah kebersihan . allergen atau agent yang menyebabkan allergik pada bayi contoh habuk / panas / bedak / sabun perlu dielakkan sekiranya bayi tu obviously mmg allergik pada bahan tersebut . setiap kali selepas menyusu kene bersihkan muka bayi. pakaian harus ditukar kerap / elak membalut bayi pada cuaca yang panas kerana peluh juga menyebabkan ruam bertambah teruk.

harap sedikit ilmu yang saya ada bole membantu ibu bapa di luar sana .

have a good day :)

شكرا جزيلا

No comments: