Followers

Instagram

Tuesday, September 2, 2014

expressed breast milk a.k.a EBM










 

sememangnya susu ibu itu adalah makanan terbaik untuk bayi. siapa yang tak mahu susukan anaknye sendiri. tetapi sekarang ni banyak cabaran yang ibu hadapi untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya. antara alasan yang didengari :

1. saya bekerja dan di tempat kerja tiada masa untuk mengepam susu
2. anak saya tidak puas tidur kalau menyusu badan. dia mesti terbangun setiap setengah jam untuk disusukan
3. saya nak pegi makan minum mandi sembahyang pon tak sempat sebab bayi asik menangis tak kenyang susu
4. susu saya sikit. pam dapat 1 oz je . saya give up
5. segan nak menyusu di khalayak ramai terutamanya bila pegi shopping mall / travel

sebenarnye banyak lagi sebab2 lain yang menghalang ibu menyusu badan.

dan sesungguhnya saya juga seperti itu lepas melahirkan Qushairy . lagi la time tu bekerja di hospital yang sgt sibuk memang tiada masa untuk makan apatah lagi untuk mengepam susu. dengan stress kerja susu pon merudum..

beli pam susu punyela mahal tapi x guna masa dah start keje... rasa sedih jugak Qushairy tak minum susu badan exclusively . tp malam2 direct breastfeeding jugak sampai setahun. the rest die minum formula milk So far die jarang sakit . just URTI je sekali sekala. 

so yang 2nd baby ni nak cube breastfeed / EBM semampu mungkin sampai 2 tahun . exclusive or not tu susah nak jawab sbb skrg ni pon ade bagi mixed feeding juge disebabkan baby xnak tido dan saya tak boleh nak bergerak ke mane2 tambahan pulak ade anak sulung yg masih kecik mmg tak menang tangan. mak pulak bekerja tak dpt nak tengok cucu sangat .

pernah terbace kalau nak increase milk production just keep pumping 3 hourly tp nak buat 3 hourly pon x sempat sbb menguruskan baby dan anak sulung dan jugak kerja2 rumah... sangat penat. skrg ni try pump 5 hourly dulu. alhamdulillah setiap kali pump bole la dpt 3oz - 5oz . nak try buat stock tapi hahaha baby mengamuk je terpaksa bagi EBM tu.. mmg x terbuat stock lg... setakat ni milk booster aku hanyalah fresh milk + kurma . belum try product lain lagi. will try soon. tak sempat nak menyinggah kedai baby untuk beli ... tp definitely kurma is the best ! it works for me actually.


nanti kalau dh success untuk buat stok saya cerita dalam entri lain. sekarang ni baru nak berjinak2 untuk buat EBM ... dan berazam untuk kurangkan formula milk. formula milk tu saya standby je in case mmg terdesak sangat nak bagi... setakat ni guna NAN .H.A stage 1 .  bile bancuh susu tu , it looks like my EBM - xde buih . x macam formula milk yang lain yang berbuih2 sampai najis pon kuah mcm buih... hehe .. jangan tiru saya pakai formula milk.. ni untuk standby sahaje. saya berazam untuk buat EBM sebanyak mungkin untuk stok baby bile dh start keje balik.


شكرا جزيلا

No comments: