Rasa macam lama sangat x update blog ni. mmg lame pon.shairy pon dah nak masuk setahun 23 sept ni.sebenarnya aku dah abis housemanship kat HTAR. sekarang duk kemaman. ramai orang tanya nape pilih kemaman? masalahnya takde pilihan lain dah. sape2 kat lembah klang kompem kene campak jauh. yang kahwin kene pantai timur yang bujang dapat sabah sarawak. nasib baik dah kahwin dan ada anak. reason yang kuat jugak untuk dapat klinik kesihatan.Alhamdulillah a'la kulli hal.
Duk klinik kesihatan banyak masa bersama family. masuk kul 8 pagi balik kul 5 petang. malam bertempek ngan anak . Sini jumaat sabtu cuti. memang syiok aa . boleh pegi jalan-jalan weekend tu. tapi yang tak syiok tu banyak program lua klinik contohnya lawatan ke sekolah untuk pemeriksaan kesihatan budak sekolah , lawatan ke rumah pesakit yang tak boleh datang untuk temujanji klinik , meeting , kursus... kalau borang skt tu memang penuh aa boleh isi ... so far aku happy keje kat klinik kesihatan . Ramai gak tanya aku takmo sambung specialist ke? hurm... buat masa sekarang tak de keinginan nak sambung. takde impian menggunung pon. Cukuplah keje macam ni .
'tak sempat buat locum sebab takde sape jage anak . taska tutup malam and weekend'Ingat lagi zaman keje kat HTAR. stress gila ! seminggu pertame kat klinik memang cultural shock! hahaha... terlampau relax sampai jadik stress. otak tak berjalan kejap. tapi dah lama2 boleh adapt dan paham cara kerja dorang. Yang penting cukup makan cukup rehat sembahnyang on time masa bersama keluarga ada dan tak stress tu yang aku suka tu!
tak sabarnya nak balik KL raya haji ni. cepatlah masa berjalan. kat sini nak ambik cuti senang je. Yang penting sepakat ngan kawan2 kat klinik tu. atleast 2 doctor pon boleh jage klinik.. kitorang ada 8 orang semuanya. Ramai kan? banyak aku belajar pengurusan . sebelum ni kalau kat hospital skop kerja melibatkan patient je. sekarang tak lagi. banyak benda kene pikirkan . walaupon bukan moic - mo incharge tapi nampak la bab pengurusan pentadbirannya kat situ. susah nak cerita sebab baru 2 bulan. nanti dah lame2 aku citer la.
tu je la coretan untuk malam ni. wasalam.
No comments:
Post a Comment