Milestone
Dia bole berjalan sampai melompat2. Tapi kadang2 ada jugak jatuh sekali sekala bila lama sangat berjalan. Berat punggung kot. Mana taknye , berat sekarang dah 12 kilo . Patah bahu momma angkat die. Sejak dia dah boleh berjalan ni kurang sikit la bebanan nak mengangkat die. Time mandi pon dah boleh bagi kerjasama berdiri sebab sekarang tak de pakai besen dah bila nak mandikan die. cepat sikit la proses nak mandikan dia tu . Then , nampak dia ada paham la arahan kalau momma dia marah sikit .
Bab makan memang taknak kalah.Letak je dia dalam walker die . Walker die ada meja makan ( just tarik keluar je mainan kat atas meja tu ) memang banyak kegunaan . Untung beli hari tu . Takyah beli meja asing utnuk die. Pegang and suap makanan sendiri tu dah lama pandai dari umur 7 bulan.Mende mende camni kene ajar anak buat sendiri supaya tak membebankan momma kat umah. Maklum saje duk berdua ngn anak. Suami duk jauh plus takde pembantu rumah.
perkataan yang dia suka sebut ''papa'' ''momma'' ''dah'' ''jatuh'' ''tata'' and ''eh eh eh'' mengajuk momma marah dia malam2 takmo tido... hehe memang anak ni senang ikut kata2 ibu bapa die. sebab tu kene cakap mende2 yang positive baik . anak kan ibarat kain putih so kitala yang kene mencorakkannya . cantik corak cantikla hasilnya. InsyaAllah anak momma Qushairy akan jadi anak yang baik yang dengar cakap yang pandai bijak yang merendah diri dan hormat orang tua . ameen
Masa tido
malam2 dia tido pukul 8 malam. sejak dari 4 bulan lagi memang train die tido lepas maghrib . Cara yang terbaik : susukan die dulu or bagi die makan kenyang2 then prepare bilik ngn aircon . pakaikan dia baju lengan panjang seluar panjang tukar pampers baru and bagi selimut . biar dia dalam baby cot dia . Mula 2 memang dia tak mo tido . Nak berguling2 berdiri main dalam cot tu tapi tengok bilik tu gelap terus genyeh mata then tido sendiri. Sampai sekarang memang tak ajar dodoi die pakai buaian (dah try buai tapi dia lagi susah nak tido kalau letak dalam buaian ) so biarkan die dalam cot. tak sampai 10 minit dah tido dah. Alhamdulillah . Anak yang senang nak dijaga . kalau balik kampung pon makcik makcik suma pon cakap macam tu.
Sosial
Dia okay dengan semua orang . Yang dia tak suka kalau takde orang . Dari baby memang selalu bawak die jalan2 tengok environment yang ramai orang . Papa dia pon jenis yang bersosial (peramah dan suka keluar jumpa kawan2 and clients) so Shairy pon jadik macam papa die. Rasa macam bagus sikit dari simpan anak kat dalam umah . Once anak tu keluar tengok dunia , dia taknak ngn semua orang . sebab dia tak biasa . Tu yang lemah sikit tu bila balik kampung ke atau pegi jalan umah orang nak ngn mak die je.. Yang tu aku tak brape gemar sbb aku ni dah la ada chronic back pain memang takley mengangkat die je.. Momma nak Shairy ramah ngan sume orang and be a cheerful kid .
Aktiviti bersama anak
Biasa lepas balik keje aku bawak die naik basikal kecik (do we call it as basikal??) round padang 4 5 round . Niat di hati nak turunkan berat badan yang sangat degil ni . So di samping tu bawak dia bersiar2 hirup udara segar selain mengexposekan die dengan aktiviti yang sihat. Kat padang tu jugak aku latih dia berjalan . Sebab dia tengok abang2 kakak2 berjogging , dia pon terasa mcm nak berjalan or berlari mcm dorang . Tu salah satu motivasi untutk anak cepat berjalan. another thing my son dia ni jenis yang kurang minum air . makan banyak. kadang2 ada problem dengan bowel motion . constipation . So kalau bawak dia jogging petang2 dia akan cepat haus . Then boleh abis air sebotol . It's a good training for kid too actually.
Makanan kegemaran
Baru tahu dia suka ikan tengiri / ikan aye . Well memang duduk kemaman ni ikan sume fresh . dia suka makan isi ikan. nasik kurang. sama ngan ayam. Isi ayam je . sayur setakat ni suka carrot. tapi sebenarnya bila masak porridge (nasi ngn ayam or ikan) dia tak suka makan. dia tak suka blended version . dia suka isi yang dicubit. dia suka rase consistency ikan or ayam tu . So blanje untuk makanan dia agak heavy sebab dia hnaya makan cerelec . satu kotak tu dah 10 ringgit. seminggu 2 kotak. Susu sekarang ni pakai Dutch Lady . mmg save part susu . Tak yah yang mahal2 sebab dia mmg dah besor. Kang beli yang mahal lebih zat lagi mok mok pulak... buah pisang paling dia suka. letak dalam pinggang palstic die sebijik memang die habiskan terus. Good boy momma .
HAPPY BIRTHDAY QUSHAIRY IRSYAD KESAYANGAN MOMMA KEBANGGAAN PAPA . WE LOVE YOU SAYANG.
No comments:
Post a Comment